JellyPages.com

Friday 9 December 2011

puisi dari hati~

 puisi ini didendangkan khas oleh zahiril adzim wat isteri terchenta nye..sweet gilee lah! :) suke2~~ 

aku pasti punya masalah..
tiap kali ingin menulis puisi buatmu..
entah kenapa,kuasa cintamu lebih hebat..
dari kata-kata yang dikeluarkan..
saat itu langsung aku setuju yang dirimu satu...
dan harini kau menjadi isteriku..

ampunkan aku kalau aku pernah berkasar..
ampunkan aku kalau aku pernah mengherdik..
ampunkan aku kalau aku pernah menjerit..
ampunkan aku kalau aku pernah terpekik,melolong..
isteriku percayalah.. sebabnya ialah kasih dan cinta..

akan ku jaga kau seperti jaga diri ku sendiri..
memang hidup ini tidak pernah ada jaminan keselamatan..
bahaya ancaman dimana mana..
tetapi selagi kau dalam dakapanku..
aku berjanji akan menjagamu...
setiap saat dan waktu..
setiap siang dan malam..
setiap guruh dan hujan..
setiap panas dan terik..
setiap nafasku...

aku sering menadah telapak tangan..
dan memohon pada tuhan..
agar kau bukan sahaja menjadi isteriku..
tetapi menjadi isteri yang disayangi oleh ALLAH s.w.t.

isteriku..
selamat datang ke hidupku..
selamat menjadi isteriku..
selamat menjadi ibu kepada anak-anakku kelak..
selamat menjadi menantu kepada ibubapaku..
selamat menjadi adik dan kakak kepada adik beradikku..
selamat menjadi keluargaku..
selamat menjadi pelengkap hidupku..
selamat menjadi separuh dari aku..

p/s: oke,tersentuh! sadisss..sweetnyeee zahiril..sobs! :)...ade ke bakal2 suami diluar sane nak wat puisi2 romantis utk bakal isteri yang dicintai? mesti bertuahkan! hehe..berangan sudah,kbai.

No comments: